Tahukah anda, 17 MEI setiap tahun adalah Hari Hipertensi Sedunia.
Laporan NHMS 2019 menunjukkan tiga (3) daripada 10 atau 6.4 juta orang dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi atau hipertensi.
Namun, hanya separuh menyedari bahawa mereka menghidap penyakit ini.
Hipertensi ialah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap pembunuh senyap kerana kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang gejala terutama di peringkat awal penyakit.
APA ITU HYPERTENSION?
Hipertensi, juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi, adalah keadaan yang melibatkan arteri dalam tubuh badan manusia. Tekanan darah yang terlalu tinggi menyebabkan tekanan dalam arteri "terbeban" secara berterusan.
Akibatnya, jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah. Tekanan darah diukur dalam milimeter merkuri (mm Hg). Secara amnya, hipertensi adalah bacaan tekanan darah 130/80 mm Hg atau lebih tinggi. Berikut adalah kategori umum tekanan darah mengikut American College of Cardiology dan American Heart Association:
Akibatnya, jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah. Tekanan darah diukur dalam milimeter merkuri (mm Hg). Secara amnya, hipertensi adalah bacaan tekanan darah 130/80 mm Hg atau lebih tinggi. Berikut adalah kategori umum tekanan darah mengikut American College of Cardiology dan American Heart Association:
1. Tekanan darah normal: Tekanan darah kurang daripada 120/80 mm Hg.
2. Tekanan darah tinggi: (Angka bacaan) antara 120 hingga 129 mm Hg, dan (Angka bacaan di bawah) 80 mm Hg.
3. Hipertensi peringkat 1: (Angka bacaan di atas) antara 130 hingga 139 mm Hg, atau (Angka bacaan di bawah) antara 80 hingga 89 mm Hg.
4. Hipertensi peringkat 2: (Angka bacaan di atas) 140 mm Hg atau lebih tinggi, atau (Angka bacaan di bawah) 90 mm Hg atau lebih tinggi.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN HIPERTENSI BERLAKU
FAKTOR YANG MENYEBABKAN HIPERTENSI BERLAKU
Antara faktor-faktor yang menyebabkan hipertensi ini berlaku adalah seperti berikut :
1. Faktor Keturunan: Jika ada ahli keluarga yang menghidap hipertensi, risiko anda juga lebih tinggi.
2. Usia: Risiko hipertensi meningkat seiring dengan pertambahan usia. Orang yang lebih tua lebih cenderung mengalami tekanan darah tinggi.
3. Gaya Hidup Tidak Sihat:
-Pemakanan Tinggi Garam: Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.
-Kurang Bersenam: Kekurangan aktiviti fizikal dapat mempengaruhi tekanan darah.
-Merokok: Merokok merosakkan arteri dan meningkatkan risiko hipertensi.
-Kegemukan: Berat badan berlebihan juga berkait rapat dengan hipertensi.
4. Stres: Stres boleh mempengaruhi tekanan darah.
5. Minuman keras: Minum alkohol secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.
6. Penyakit Kronik: Beberapa penyakit seperti diabetes, penyakit ginjal, dan sleep apnea boleh menyumbang kepada hipertensi.
7. Ketidakseimbangan Hormon: Ketidakseimbangan hormon seperti tiroid yang terlalu aktif atau tidak aktif juga boleh mempengaruhi tekanan darah.
8. Ubat-ubatan: Beberapa ubat seperti kontraseptif oral, ubat anti-inflamasi, dan Decongestant boleh mempengaruhi tekanan darah.
9. Kurang Vitamin D : Kekurangan vitamin D berkait dengan risiko hipertensi.
KESAN BURUK AKIBAT HIPERTENSI
Antara kesan buruk hipertensi pada seseorang adalah seperti berikut :
KESAN BURUK AKIBAT HIPERTENSI
Antara kesan buruk hipertensi pada seseorang adalah seperti berikut :
1. Otak
-Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
2. Penyakit jantung seperti :
-Coronary Heart Disease
-Congestive Heart Failure
-Left Ventricular Hypertrophy
3. Komplikasi pada mata
-Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
-Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
4. Komplikasi pada buah pinggang
-Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
5. Peripheral vascular disease seperti
-Aneurysm
-Kehilangan satu atau lebih denyut nadi
CARA UNTUK MENGATASI MASALAH HIPERTENSI
CARA UNTUK MENGATASI MASALAH HIPERTENSI
Antara cara untuk anda mengatasi masalah hipertensi adalah seperti berikut :
1. Ubah Gaya Hidup:
-Kurangkan Pengambilan Garam: Hadkan penggunaan garam dalam makanan. Garam berlebihan dapat meningkatkan tekanan darah.
-Bersenam Secara Berkala: Aktiviti fizikal membantu mengurangkan tekanan darah. Berjalan kaki, berenang, atau senaman aerobik adalah pilihan yang baik.
-Hentikan Merokok: Merokok merosakkan arteri dan mempercepat hipertensi.
2. Pantau Tekanan Darah: Periksa tekanan darah secara berkala. Jika tekanan darah tinggi, patuh arahan doktor.
3. Makanan Seimbang: Amalkan pemakanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan protein rendah lemak. Jauhi dari makanan berlemak dan berproses.
4. Kurangkan Stres: Tekanan emosi boleh mempengaruhi tekanan darah. Amalkan teknik pernafasan, meditasi, atau yoga untuk mengurangkan stres.
5. Kawal Penyakit Kronik: Jika anda mempunyai penyakit seperti diabetes atau penyakit ginjal, rawat dengan baik untuk mengurangkan risiko hipertensi.
Penting untuk anda memantau tekanan darah secara berkala dan berunding dengan pakar kesihatan untuk pengurusan yang sesuai dan pencegahan komplikasi yang serius.
Sekiranya tuan puan stress akibat harga barang yang meningkat tinggi, kadar ekonomi yang teruk sehingga tak boleh berbelanja banyak, jangan risau. Big Player Clothing menyediakan rangkaian pelbagai barangan lelaki bersize besar dengan harga yang mampu milik. Dapatkan segera di BIG PLAYER CLOTHING.
Sekiranya tuan puan stress akibat harga barang yang meningkat tinggi, kadar ekonomi yang teruk sehingga tak boleh berbelanja banyak, jangan risau. Big Player Clothing menyediakan rangkaian pelbagai barangan lelaki bersize besar dengan harga yang mampu milik. Dapatkan segera di BIG PLAYER CLOTHING.
BIG PLAYER PRIHATIN