[AMBIL TAHU] BETUL KE SEMUA OAT BAGUS UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN ?

[AMBIL TAHU] BETUL KE SEMUA OAT BAGUS UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN ?

BETUL KE SEMUA OAT BAGUS UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN?

WhatsApp Image 2022-12-18 at 10.30.02 AM

Oat memang terkenal utk diet.Tapi kalau kita tersalah pilih, mungkin boleh menaikkan berat badan. Dari segi nutrition fiber, oat adalah sama,cuma yang berbeza adalah kandungan glisemik indexnya (GI). Lagi rendah, lagi bagus 


1) INSTANT OAT
Instant oat adalah oat yang telah melalui banyak proses sebab itu teksturnya lebih halus dan cepat dimasak. Kandungan GI nya lebih tinggi akan menyerap gula ke dalam darah lebih cepat. Siapa nak tenaga segera, boleh try instant oat ni. Makan sahaja terus gula naik mendadak & rasa bertenaga. Tapi awas! Sebenarnya jenis segera ni tak berapa sihat ya..

2) ROLLED OAT
Rolled oat adalah oat yang kurang diproses dan pilihan yang lebih sihat. Tapi, jika nak makan rolled oat ni perlu dimasak atau direndam dalam susu (overnight oat) semalaman. Rolled oat mengambil masa sedikit untuk menyerap gula ke dalam darah kerana GI nya adalah rendah. Rolled oat adalah pilihan yg TEPAT untuk membantu anda kurus kerana anda akan rasa kenyang lebih lama .


Walau apa pun jenama pilihan anda, tetaplah bersederhana dalam diet. Sebab jika berlebihan, akan menyebabkan kita cepat berputus asa jika tak dapat capai target kita dalam berdiet. Tetapkan matlamat yang mudah dicapai dahulu. 

Asas diet ialah mengurangkan jumlah pengambilan karbohidrat dalam sehari. Tak guna juga kalau berbotol oat dimakan sehari jika karbohidrat tetap diambil berlebihan ya.

p/s : Jangan termakan dengan fakta serat tinggi dalam instant oat bagus untuk jantung. Semua itu sudah diukur melalui indeks glisemik ya. Serat larut itu bagus untuk kesihatan jantung, tetapi gula berlebihan lebih bahaya untuk jantung. Pengeluar tak tipu dengan kata kandungan serat kesemua oat itu sama. Namun, pengeluar tak cerita pulak penyerapan gula dalam badan jadi tinggi! Elak kan jenis segera jika betul-betul nak berdiet ya.

Jumpa lagi di part 2!