(WAJIB TAHU) SLEEP APNEA PEMBUNUH SENYAP?

Harini kami nak kongsi sikit berkenaan SLEEP APNEA. Kenali salah satu antara penyebab meninggal sewaktu tidur. Mungkin kita salah seorang yang berisiko tinggi?

Jika anda kuat berdengkur dan sentiasa rasa mengantuk pada keesokan pagi ( walaupun telah tidur sepanjang malam) anda mungkin alami masalah SLEEP APNEA.

437881261_836833795152758_8317872502804407608_n

Berikut merupakan soalan untuk mengetahui risiko anda untuk mengalami masalah ini. 

1. Adakah anda berdengkur kuat dan boleh didengar walau pintu bilik di tutup? Sehingga jiran boleh dengar?

2. Adakah anda selalu rasa mengantuk pada waktu siang ? 

3. Pernahkah sesiapa memberitahu anda tercekik atau tercungap semasa sedang tidur? 

4. Adakah anda berusia 50 tahun ke atas? 

5. Adakah BMI anda melebihi 35? 

6. Adakah ukuran tengkuk anda melebihi 17 inchi?

7. Adakah anda lelaki? 

.
* Jika jawapan anda YA melebihi 3, anda sudah ada risiko utk masalah sleep apnea
* Jika jawapan anda YA melebihi 5, anda ada risiko tinggi utk masalah sleep apnea.
.

Bagaimana ia berlaku? 

Semasa tidur, otot tubuh akan berehat, termasuk otot di belakang lidah dan otot di sekitar saluran pernafasan. 

Bagi sesetengah individu berisiko, tisu di sekitar tengkuk boleh menghimpit saluran pernafasan menyebabkan nafas terhenti untuk seketika semasa sedang tidur. 

Dapatkan pemeriksaan segera jika anda berisiko tinggi. Boleh terus ke hospital atau klinik untuk rujukan lanjut. Bersama, kita ke arah yang lebih sihat.

BIG PLAYER PRIHATIN

Pakaian Besar khas Untuk Lelaki, Berkualiti dan Mampu Milik Hanya Disini