BAGAIMANA MENGUBAH DIRI MENJADI LEBIH BAIK DENGAN ADA NYA TABIAT YANG BAIK.
Setiap tahun bila tiba pada awal tahun,benda pertama yang kita fikirkan mesti pasal azam kan? Macam mana azam tahun-tahun lepas korang? Berjaya tak? Atau tetap tak berjaya lagi? Sampai kena sambung ke tahun depan pula?
Tak penat ke kalau sekadar berazam tapi tetap tak tercapai? Kadang sampai down dibuatnya kan. Kesian kat diri sendiri weyhh!! Apa nak jadik ni??
Nak kita kongsikan tips tak? Supaya lagi ramai yang dapat capai azam masing-masing tahun depan. Boleh la kita rasa berbaloi hidup kat dunia ni. Tak lah rasa boring hidup ni kalau azam kita tercapai setiap tahun.
JOM KITA SHARE!
SYARAT PERTAMA : JADIKAN IA JELAS
1.1 Isi Kad Skor Tabiat. Tulis tabiat semasa anda untuk menyedarinya
1.2 Gunakan niat pelaksanaan: "Saya akan [KELAKUAN] pada
[MASA] di [LOKASI]."
1.3 Gunakan formula ini : "Selepas [TABIAT SEMASA], saya akan
[TABIAT BARU].'
1.4 Ubah persekitaran anda. Buat persekitaran supaya tabiat baru yang ingin diubah mudah nampak dan jelas.
SYARAT KEDUA : JADIKAN IA MENARIK
2.1 Gandingkan tindakan yang ingin anda lakukan
dengan tindakan yang perlu anda lakukan.
2.2 Sertai kumpulan di mana tingkah laku yang anda inginkan adalah perkara biasa
tingkah laku kumpulan itu.
2.3 Lakukan sesuatu yang anda sukai serta-merta sebelum ubah kebiasaan yang sukar.
SYARAT KETIGA : PERMUDAHKAN
3.1 Kurangkan bilangan langkah antara anda dan tabiat baik anda. Tak perlu tunggu lama dan mulakan segera
3.2 Mengutamakan alam sekeliling. Sediakan persekitaran anda untuk
memudahkan tindakan masa hadapan.
3.3 Optimumkan pilihan kecil yang memberikan impak yang luar biasa.
3.4 Gunakan Peraturan Dua Minit. Kurangkan tabiat anda sehingga ia boleh dilakukan dalam masa dua minit atau kurang.
3.5 Automatikkan tabiat anda.
SYARAT KEEMPAT : JADIKAN IA MEMUASKAN
4.1 Berikan diri anda ganjaran segera apabila anda melengkapkan tabiat anda.
4.2 Jadikan "tidak melakukan apa-apa" menyeronokkan. Apabila mengelakkan tabiat lama yang buruk, reka cara untuk melihat faedah meninggalkan tabiat buruk tersebut.
4.3 Jejaki corak tabiat anda dan hargai setiap perubahan kecil yang berjaya diubah.
4.4 Jangan sekali-kali terlepas dua kali. Apabila anda terlupa melakukan satu tabiat, buat segera supaya anda kembali ke landasan.
Haa,senang kan? Jom tanam azam dalam diri masing-masing supaya mampu berubah menjadi lebih baik 1% setiap hari dari semalam. InsyaAllah, kita mampu lakukannya.
NAK CARI PAKAIAN LELAKI SIZE BESAR? BOLEH ROGER BIG PLAYER CLOTHING.
KITA SEDIAKAN PELBAGAI JENIS PAKAIAN SIZE BESAR KHAS UNTUK LELAKI PLUS SIZE DENGAN HARGA YANG MAMPU MILIK.
"WE MAKE PLUS SIZE PEOPLE HAPPY AND SPECIAL."
#staysafe #staygrande #staysafebigplayer #orderonline #bigplayerclothing #bigplayer #plussizeclothing #plussizeformen #bigsize #plussizemalaysia #plussize #sizebig #sizebesar #saizbesar #kedaionlinemalaysia #kedaisizebesar #kedaibajubesar #plussizeshirt #shirtplussize