• NEW ARRIVAL! BAJU MELAYU TELUK BELANGA 2024 PLUS SIZE Shop Now!
  • NEW ARRIVAL! KURTA PANGLIMA 2024 PLUS SIZE Shop Now!
  • NEW ARRIVAL! TSHIRT PREMIUM PLUS SIZE SHOP NOW
  • NEW ARRIVAL JEANS PLUS SIZE! Shop Now!
  • NEW ARRIVAL! POLO SHIRT PLUS SIZE Shop Now!
icon-search
icon-search

[RESIPI SIMPLE] AYAM MASAK ASAM REBUS

[RESIPI SIMPLE] AYAM MASAK ASAM REBUS

Hujung hujung minggu ni tentunya ramai kaum2 ibu yang kadang kadang rasa malas nak masak yang berat berat kan? Kaum2 bujang pun apa kurangnya. Jenguk peti ais, kalau ada barang2 ni sebenarnya anda dah boleh buat satu menu yang ringkas dan simple. Jom kami kongsikan ya!

Bahan-bahan:

4 bawang putih*
6 bawang merah*
2 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
6 biji lada merah*
5 biji cili padi merah*
2 biji lada hijau*
2 cm belacan*
Dada ayam
Daun kesum secukupnya
2 asam keping

Garam, perasa secukupnya

=================

Cara-Cara memasak:

1. Kisar @ Blender semua bahan bahan yang bertanda * (ayam tu jangan kisar pulak   )

2. Lepas blend semua bahan, rebus dalam periuk. Air letak agak2 dalam suku periuk dulu ya

3. Lepas bahan2 hampir masak, masukkan ayam dan biarkan ayam empuk.

4. Masukkan asam keping, tambah garam bukit

5. Masukkan daun kesum, biarkan seketika hingga masak

6. Bila semuanya sudah secukupnya rasa, bolehlah matikan api dan siap untuk dihidang


WhatsApp Image 2022-12-17 at 12.21.59 PM


Kalau ada dah cuba resipi ni, boleh la share dengan kami ya hasilnya! Selamat mencuba semua


Your cart is currently empty.
Continue shopping