VAR di dalam piala dunia Qatar 2022
VAR (Video Assistant Referee) merupakan alat bantu pengadil dan pegawai rasmi kejohanan untuk memastikan perlawanan di antara dua pasukan yang bertanding diadili dengan lebih telus. VAR secara ringkasnya terdiri daripada kamera pengesan yang dipasang di sekitar padang untuk mengesan pergerakkan bola serta pemain ketika perlawanan sedang berlangsung,di mana ianya di pantau oleh pembantu pengadil di bilik khas di dalam stadium.
Selain digunakan di liga liga besar, VAR juga muncul buat kali ke dua di dalam pertandingan piala dunia Qatar setelah diperkenalkan di kejohanan piala dunia Rusia pada tahun 2018.
Bagaimana VAR berfungsi?
Satu pasukan yang terdiri daripada tiga atau lebih orang bekerjasama untuk menyemak keputusan yang dibuat oleh pengadil utama. Mereka akan menonton video rakaman kejadian yang berkaitan bagi membantu pengadi lutama membuat keputusan dengan lebih tepat dan adil. Pasukan ini biasanya terdiri daripada bekas pengadil atau pengadil yang masih berkhidmat serta beberapa lagi orang pembantu. Mereka ditempatkan di dalam satu bilik khas bersama beberapa buah monitor bagi mengkaji dan meneliti perlawanan dari pelbagai aspek menggunakan lebih 10 buah kamera yang diletakkan di pelbagai sudut.
Berikut merupakan antara keputusan pengadil yang dibantu oleh VAR di sepanjang kejohanan piala dunia Qatar yang telah berlangsung :
1. Gol Ecuador tidak dikira
Tiga minit selepas tiupan wisel perlawanan ditiupkan, Enner Valencia berjaya meledakkan gol pertama Ecuador ketika menentang tuan rumah iaitu Qatar,menjadikannya gol terpantas perlawanan pembukaan di antara piala dunia. Sayangnya gol tersebut tidak dikira apabila pengadil dengan bantuan VAR mengesan penyerang Ecuador Michael Estrada berada di posisi offside ketika menerima bola tendangan bebas yang dilakukan sebelum itu oleh Pervis Estupinan.
2. Tendangan bebas Hakim Ziyech
Kontoversi yang berlaku ketika di penghujung babak separuh masa pertama dimana tendangan bebas Hakim Ziyech dari pasukan mahgribi ke dalam gawang gol pasukan Belgium tidak dikira setelah VAR menemukan terdapat sentuhan dari rakan sepasukan Cesar Ramos yang berada di posisi offside ketika itu.
3.VAR membantu Jepun mara ke peringkat seterusnya
VAR bukan sahaja merekod dan menjejak pergerakkan pemain tetapi juga keberadaan bola ketikadi dalam permainan. Insiden yang berlaku ketika perlawanan Jepun menentang Sepanyol dimana hantaran bola oleh Kaoru Mitoma pada mulanya tidak dikira tetapi dengan bantuan VAR pengadil membuat keputusan bola tersebut masih di dalam kawasan permainan lantas gol yang dijaringkan oleh Ao Tanaka meletakkan Jepun dihadapan Sepanyol dengan mata 2 berbalas 1 sehingga penghujung perlawanan.
TERBUKTI, TEKNOLOGI SANGAT PENTING UNTUK MASA DEPAN. MENARIK BUKAN?
BACA JUGA BERKENAAN FINAL WORLD CUP QATAR 2022 DISINI
OH YA, UNTUK GENG LELAKI SIZE BESAR, KALAU NAK CARI PAKAIAN SIZE BESAR, BOLEH ROGER KAMI YA . SENTIASA MENYEDIAKAN PAKAIAN SIZE BESAR DENGAN HARGA MAMPU MILIK.
BIG PLAYER CLOTHING
#VAR #FINALWORLDCUP #TEKNOLOGI #HITECH #INFOTEKNOLOGI #QATAR